Pages

Search Result

Sunday, July 18, 2010

Jangka hayat Nokia 6600 sabun




Handphone Nokia 6600 sabun di lancarkan pada tahun 2003.Pengeluarannya di tamatkan oleh Nokia pada tahun 2007.

Pada awalnya harga handphone ni mencecah RM 2 ribu lebih.Kini handphone sekenhand boleh didapati di kedai-kedai handphone pada harga RM120-RM150 sahaja.

Saya adalah salah seorang yang memiliki handphone sabun ini. Saya beli pada tahun 2004 pada harga RM 1250.00 di kedai handphone dalam Prangin Mall Pulau Pinang.

Sampai lah ke hari ini Julai 2010 handphone sabun saya ni masih berfungsi dengan baik,tanpa sekalipun di hantar ke kedai repair handphone. Pernah la kena virus sampai handphone ni "hang". Problem settle bila saya buat hard reset *#7370#.Tanya encik Google.

Bateri dah tukar 2 kali.Harga bateri yang saya guna adalah gred AAA berharga RM 35.00.Jangka hayat melebihi 2 tahun jika di caj dengan cara yang betul.

Cara yang betul adalah,kita hanya caj bila bateri dah nak abis,bukan sesuka hati bila nampak setengah saja caj,kurang sikit saja caj.Salah tu.

Eh? bukan lithium batteri tak ada memori effek ka? Betul, tapi kemasukkan power yang berlebihan & tidak seragam akan menyebabkan bateri kembung.Bila kembung,kekuatan penyimpanan kuasanya berkurangan.

Memori kad yang saya gunakan adalah 1gb. Saya ingat lagi saya beli memori kad tu kat pc fair di PISA penang.Tahun 2005. 1gb memori kad jenama Twinmos berharga RM 70.00.Fuhh.. kalau nilai tu sekarang berapa keping saya dapat sekarang yer..

Semalam saya baru beli housing baru untuk Nokia 6600 sabun saya tu. Hah? harga? hehehe.. RM 9.00 saja..Warna pearl white.Cara pasang pun senang..cungkil jer..

Jangka hayat handphone memang panjang..asalkan kita guna dengan cara yang betul,jaga dengan cara yang betul..Saya tak tau la orang lain,tapi saya sayang barang-barang saya sebab bukan senang saya nak dapat satu satu benda tu..

1 comment: