Pages

Search Result

Wednesday, October 23, 2013

Antara fungsi kamera smartphone yang mungkin anda tak pernah cuba

Antara fungsi kamera smartphone yang mungkin anda tak pernah cuba:

01.Tangkap gambar kawan atau adik beradik anda bersama barang anda yang dipinjam.
Contohnya buku, atau dvd, ataupun baju. Biasala kengkawan ni bila pinjam suka buat harta. Gambar ini akan mengingatkan anda kemana barang anda sudah menghilang.


02. Tangkap gambar peti ais anda yang penuh dengan barang dalamnya  yang tersusun.
Jika anda ke pasaraya nanti bolehlah rujuk gambar jika terlupa barang-barang yang perlu di beli. Anda boleh berjimat dengan mengelak membeli barang yang masih banyak dalam peti ais anda.


03. Tangkap gambar signboard, atau gambar-gambar bangunan atau tempat yang anda ingin pergi, jika melancong ke negara yang kurang berbahasa inggeris.
Contohnya jepun atau korea. Jika anda ingin bertanya jalan atau tempat kepada orang-orang di situ, bolehlah tunjukkan gambar tersebut. Kuranglah sikit ayam dengan itik bercakap.


04. Tangkap gambar dokumen penting.
Anda boleh tangkap gambar ic anda, isteri/suami anda, surat beranak anak, passport, atau sijil kahwin dan simpan ke dalam smartphone anda. Tapi pastikan guna aplikasi yang membolehkan gambar dokumen penting itu ber "password". Jika anda melancong ianya memudahkan anda. Kalau tiba-tiba terlupa bawa sijil nikah bolehlah tunjuk yang dalam smartphone anda.


05. Tangkap gambar iklan.
Jika ada nombor dari sesuatu banner atau pamplet ataupun yang dilekatkan di tiang telefon, anda boleh tangkap gambar nombor telefon tersebut, beserta dengan kandungan iklan. Anda juga boleh tangkap gambar dari skrin komputer/laptop anda, Sebagai contoh jika anda sedang melihat iklan produk saya isuharna.com/mobile di dalam laman web mudah.my, tangkap gambar iklan saya dan boleh rujuk untuk menghubungi saya di masa yang lain.


06. Tangkap gambar kandungan buku / surat khabar /majalah.
Ok, anda sedang berada di perpustakaan, gunakan smartphone anda untuk tangkap gambar maklaumat yang ingin anda baca kemudian. Pastikan tukar bunyi kamera anda kepada senyap (silent), dan dari fungsi kamera anda pilih mode dokumen (jika ada).



07. Tangkap gambar yang anda ingin beli di kemudian hari.
Anda teringin sangat nak beli pouch bag samsung galaxy s4 kat kedai online saya isuharna.com (contoh..hehehe). Tapi time tu gaji jauh lagi. tangkap gambar produk tersebut dan simpan dalam folder khas dalam smartphone anda dengan tajuk "want to buy list". Nanti dapat gaji boleh buka gallery folder tu untuk rujukan.



Ok, itu jer la yang terfikir buat masa sekarang. Jika anda ada idea lain yang bernas sila komen di bawah ya.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca. Harap bermanfaat dan kongsikan dengan kengkawan anda ya.

Sampai jumpa lagi di penulisan akan datang :)

Suhardi Mohamed
sales@isuharna.com
isuharna.blogspot.com
Facebook.com/isuharna.mobile


P/S: Gambar hiasan.


Friday, October 11, 2013

Pentingkah ram di dalam smartphone?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini saya nak bercerita sedikit berkenaan RAM. Definasi ram adalah Random Access Memory. Apakah kegunaan ram ni pada smartphone? Ram bertindak sebagai tempat simpanan sementara (temporary storage) yang menyimpan sesuatu aplikasi atau games yang di lancarkan atau yang sedang digunakan. Atau lebih mudah di sebut aplikasi dan games anda, juga aplikasi sistem pengoperasian android/Ios anda terapung-apung di dalam ram ini.

Sebagai contoh, setelah anda selesai bermain games dan anda tutup games tersebut, maka games yang terapung dalam ram itu juga di padam. Kenapa mesti terapung dalam ram? aplikasi dan games yang terapung didalam ram akan di proses oleh processor,mengikut input yang anda masukkan. Saya beri contoh anda buka aplikasi notepad, anda cuba taip sedikit data dalam notepad tersebut. Jangan klik save. Anda nampak setiap perkataan dan ayat ada di skrin bukan? Ini kerana ram sedang menerima input anda dan ianya sedang terapung. Ok, cuba anda tekan power button smartphone anda dan tutup smartphone anda serta merta. 

Apabila anda buka kembali smartphone anda, data dalam notepad yang anda telah taip tidak lagi berada di skrin, dan juga tidak di simpan didalam smartphone anda.  Data tadi hanya akan wujud apabila anda save terlebih dahulu,suapay data tadi disimpan ke dalam kawasan simpanan tetap (phone memory storage atau micro sd storage).

Pentingkah ram didalam smartphone? Ya, amat penting. Lebih besar saiz sesuatu ram maka lebih banyak aplikasi dan games yang dapat di apungkan di dalam smartphone anda. Ruang untuk meletakkan pelbagai aplikasi lebih besar. Ok, untuk makluman anda jika anda seorang pengguna aplikasi sosial yang amatlah aktif. Anda ada twitter, facebook, instragram, whatsapp, viber, line, kakaotalk, wechat dan pelbagai lagi mak nenek aplikasi yang dan di install dalam smartphone anda. Pemilik smartphone isuharna.com (saya la hehe) hanya ada wechat, facebook, twitter, dan whatsapp dalam smartphone saya. Maklumlah, smartphone murah la katakan. Jika anda mempunyai smartphone yang mempunyai specifikasi ram 1gb ke atas, anda tidak akan berasa seperti smartphone anda lambat dan lembab (lag), berbanding jika anda mempunyai smartphone yang hanya mempunyai 512mb ram. Smartphone dengan ram sebesar 512mb akan bersusah payah untuk swap (mengalih aplikasi) ke kawasan memory storage untuk memberi keutamaan kepada aplikasi yang lebih aktif.

Sekarang,pada masa post ini di tulis, size ram tertinggi untuk smartphone adalah 3gb (samsung galaxy note 3). Jika anda lihat smartphone yang mempunyai ram yang tinggi seperti 2gb semuanya mempunyai harga RM 1 ribu dan ke atas. Ram yang besar memberi kelebihan yang banyak kepada smartphone anda. Lebih laju, lebih stabil, kurang aplikasi "crash and hang".

Jadi saya suhardi mohamed mencadangkan kepada anda supaya meneliti dahulu specifikasi ram sesuatu smartphone yang anda ingin beli. Janganlah hanya melihat bentuk dan luaran sahaja ya, atau mengikut sahaja apa yang juru jual telefon bimbit cadangkan. Cuba tanya jurujual "smartphone ini ram berapa ya". Ini akan memberikan gambaran bahawa anda tahu seba sedikit mengenai smartphone (jika anda pertama kali nak beli smartphone la ya). Lagi satu,jangan terpedaya mendengar bahawa lebih hebat processor maka lebih laju smartphone and internet anda. Fungsi ram juga amat penting dalam menyumbang kepada kelajuan sesuatu smartphone. Insyaallah jika ada kesempatan saya akan ceritakan pulak mengenai processor.

Sampai disini dahulu penulisan saya. jemput la ke isuharna.com/mobile untuk melihat aksesori-aksesori telefon bimbit dan smartphone anda. Manala tahu kut-kut ada yang berkenan.  jumpa lagi di penulisan akan datang :)

P/S: Jika maklumat ini bermanfaat kepada anda, kongsikan dengan rakan-rakan anda ok.

Wednesday, August 21, 2013

Dilema memilih saiz skrin smartphone & tablet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anda nak beli smartphone baru, tapi anda suka smartphone yang mempunyai skrin yang lebih besar. Anda juga ada menjeling tablet. Anda dalam dilema untuk memilih. Saya akan bantu anda bagi pendapat supaya anda boleh buat pilihan dengan lebih baik.

Pertama anda perlu fikirkan bajet anda. Berapa bajet anda ada. Ok, anda bajet RM 1500.00 maksimum katakan. Anda buka mudah.my. Dari sini anda boleh survey jenama dan model smartphone. Dengan bajet anda ini, anda boleh dapat jenama Samsung Galaxy Mega 6.3 inci, Samsung Galaxy mega 5.8 inci (jika anda nak guna 2 sim kad), Samsung Galaxy Grand 5 inci, Samsung Galaxy Tab 2 7.0 (dah jatuh harga sekarang), Galaxy Tab 3 7.0 & 8.0 (model baru nih). Galaxy Note 8.0, dan yang paling besar Galaxy Tab 2 10.1 & Galaxy Note 10.1.

Bagi jenama Sony pula anda boleh pilih Xperia ZR, Xperia Z (kena tambah duit sikit lagi).

Bagi Jenama Lenovo anda boleh pilih K900

Ok banyak jugak pilihan kan. Sekarang anda fikirkan pula mobility smartphone yang anda nak bawa ke mana-mana tu. Smartphone skrin 6.3 ini masih lagi boleh di masukkan ke dalam poket seluar jean anda, jika anda lelaki. Jika anda perempuan, tak boleh sudah. Tapi mudah bawa dalam bag tangan anda. Jika anda lelaki, anda fikirkan adakah anda jenis yang suka bawa beg galas tepi? Jika anda seorang yang sukakan perkara simple, anda tak akan suka bawa beg bagai ni. Kalau anda suka, tablet macam tab 2, tab 3, note 10.1 pun sesuai untuk anda.

Sekarang anda fikirkan pula cara nak jawab telefon. Lebih besar sesuatu smartphone, lebih susah anda nak jawab telefon. Contohnya ketika anda sedang memandu, memang agak mengambil masa untuk menjawab telefon bukan. Ada cadangan untuk menggunakan saja bluetooth earphone. di isuharna.com tak ada jual bluetooth earphone :( Jika anda rasa selesa sentiasa dan sanggup keluarkan modal lagi untuk itu, teruskan saja.

Zaman dulu bila anda keluarkan telefon besar, orang akan gelakkan anda. Zaman sekarang lain ceritanya. Lebih besar telefon anda, anda di pandang lebih kaya. Walaupun pada dasarnya anda beli di Court Mammoth secara ansuran... kekeke.

Sekarang anda fikirkan pula penggunaan kuasa smartphone. Lebih besar skrin lebih banyak kuasa yang di perlukan. Lebih pendek standby mode smartphone anda. Anda kena caj hari-hari. Bertambah cepat jika anda jenis yang suka berinternet.

Anda fikirkan pula apa tujuan kreteria skrin besar menjadi pilihan anda? nak tengok video, movie? lebih seronok nak main games, lebih cerah mata nak berinternet? anda seorang pelukis digital? nak tangkap gambar ada viewfinder lebih besar?, ianya umpama diari anda?, Kesemua pilihan ini? ok ok. Boleh saja asalkan ia membantu meningkatkan nilai hidup anda.

Smartphone bukanlah gadget yang kita selalu tukar. Jadi pilihlah yang terbaik mengikut bajet anda. Saya cadangkan janganlah menggunakan smartphone anda secara bogel sahaja. Dapatkan pouch bag jenis buku, atau silicon case, atau back case, atau beg dan sarung serlum. Ini kerana kecuaian boleh jadi di mana-mana sahaja. Jika anda tak cuai, orang lain akan cuai terjatuhkan smartphone anda.

Beringatlah sebelum smartphone anda terjatuh dan retak skrin. Skrin retak warranty tak cover tau. Jemput ke website isuharna.com/mobile untuk melihat kalau kalau ada aksesori yang bersesuaian untuk anda.

Sampai jumpa lagi di penulisan akan datang. :)


Tuesday, July 23, 2013

Smartphone di hari raya

Salam & hai para pembaca blog,

Saya nak cerita sikit pasal smartphone di hari raya. Time hari raya yang akan menjelang tiba adalah masa yang sesuai untuk mereka yang jenis suka menunjuk-menunjuk dan berbangga, mengiklankan smartphone masing-masing.

 Time inilah masing-masing membuat perbandingan spesifikasi smartphone dan harga-harganya. Ada jugak yang mengaku jaguh dapat smartphone yang mahal pada harga murah (kantau). Ada pulak yang beli smartphone klon, mengaku smartphone ori. Semuanya kerana ingin bergaya dan menambah nilai tahap sosial masing-masing. Semua orang nak di pandang tinggi dan berduit. Macam beli kereta baru la jugak.

Yerlah, zaman sekarang ni zaman gajet. Ketinggalan zamanlah kepada yang cuma guna handphone, bukan smartphone. Teringat zaman saya dulu, saya cuma dapat handphone pertama pada usia 19 tahun.  Bukan main besar lagi. Siap ada antena boleh tarik bagi tinggi. Setengah-setengah kawasan ada line, sesetengah kawasan tak ada. Masa tu guna line Tmtouch (013).

Budak zaman sekarang, umur baru 3 tahun dah mula dapat tablet sendiri, untuk main games dan tengok youtube.

Ok, berbalik kepada topik smartphone di hari raya. Fungsi smartphone di hari raya adalah untuk menambahrapatkan silatulrahim ahli keluarga, dan kengkawan yang tak dapat beraya bersama. Ada video call guna internet, ada chat whatsapp, Line, Kakaotalk, Viber, dan on the go facebook. Boleh update status kat fb selalu, snap gambar, upload. Pastu dapatlah "Like" dari friend dalam fb. Tak ada dah kad-kad raya nak tulis bagai, pastu kena beli setem, letak dalam tong posmen.

Kamera smartphone sekarangpun boleh tahan kualitinya. Boleh snap gambar-gambar bersama keluarga dan kengkawan tersayang, boleh rakam video HD.

Jadi, tak ada smartphone tak meriahlah raya?

Budak-budak masih lagi suka duit raya. Cuma target duit yang dapat tu nak buat apa yang berbeza sikit. Mungkin nak kumpul beli smartphone atau tablet. Tapi masih berkonvoi pergi dari satu rumah ke satu rumah. Malam main mercun dan bunga api.

Budak-budak sekolah ziarah menziarahi rumah kengkawan,girlfren, boyafren dengan motor. Malam main meriam kabat.

Orang bujang yang merantau balik kampung jumpa mak ayah.

Orang dewasa yang dah kahwin balik jumpa mak,ayah, mak mertua,ayah mertua, adik beradik,pak saudara, mak saudara jauh sebelah isteri dan sebelah suami. Kalau dah tak ada pergi ziarah kubur.

Orang tua pulak, rumah meriah sebab anak cucu balik rumah. Masak sedap-sedap lauk dan kuih.

Friday, May 24, 2013

Cerita tablet china

Tablet china merupakan diantara gadget paling popular dan paling laris. Sebabnya tablet ini menggunakan sistem opersi Android. Ada banyak jenis lambakkan tablet china ni. Ada yang murah, ada yang mahal.Ada yang mempunyai jenama dan ada yang tiada.

Masalah paling banyak di dengari adalah masalah bateri. bateri tablet china cuma boleh tahan sekitar 2 hingga 4 jam sahaja, jika bermain internet dan games. Kedua adalah masalah skrin rapuh dan mudah pecah. Ada kes skrin tablet china walaupun di simpan dalam beg galas dan terjatuh,tetap retak skrin. Ada sesetengah tempat menawarkan servis menukar skrin tablet pecah, namun harganya hampir sama dengan harga beli baru.

Adakah masalah ini akan menghalang anda daripada membeli tablet china? sudah tentu tidak. Harganya yang murah amat sesuai untuk anak-anak. Kalau rosak sekalipun tidaklah terasa sangat ruginya, walaupun baru beli sebulan.

Tablet china juga mempunyai limitasi spesifikasi. Ada ada games dan aplikasi yang tak dapat di install ke dalam tablet ini. Kebiasaannya di sebabkan masalah grafik kad yang tidak kuat.

Games juga tidak dapat install banyak kerana kekurangan ruang simpanan terbina dalam (storage).

Spesifikasi yang di tulis dikotak juga tidak tepat. Spesifikasi lebih rendah. Gunakan aplikasi Antutu Benchmark untuk semak spesifikasi tablet anda.

 Keadaan pasaran tablet murah ni menyebabkan banyak pengeluar peralatan komputer mencuba nasib mengeluarkan model mereka. Jenama Acer dengan Iconia, Asus dengan memopad, MSi dengan Enjoy dan lain-lain jenama.

Di antara jenama tablet china yang mempunyai kualiti adalah Aigopad, Ainol dan Ninetology. Harga juga berpatutan.

Aksesori tablet china boleh di ganti dengan aksesori tablet berjenama, asalkan soket penyambungannya sama. Pada masa entri ini di tulis, tablet china menggunakan soket micro usb dan soket audio 3.5mm. Jadi charger, incar charger, usb OTG, stereo earphone boleh menggunakan aksesori tablet berjenama.

Kecuali bateri, ianya terbina dalam dan tidak boleh di buka sendiri oleh pengguna biasa.

Kseimpulannya, gadget tablet akan berterusan berada dalam pasaran. Cuma spesifikasinya akan berubah naik dari masa ke semasa. Gadget cuma alat pemudah cara. Anda yang tentukan sama ada alat yang bakal anda beli memudahkan atau menyusahkan anda.




Wednesday, January 23, 2013

Tips membeli smartphone copy dari china

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni saya nak berkongsi sedikit mengenai smartphone copy dari negara china.

Kita sebagai pengguna tegar smartphone pasti mengimpikan sebuah smartphone yang secanggih mungkin menjadi milik kita. Namun apakan daya, hendak di capai tangan tak sampai kerana dompet yang tidak tebal. Mungkin juga wang yang ada di perlukan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Maka smartphone yang canggih itu hanya boleh di miliki di dalam mimpi.

Sebagai alternatif, ada di kalangan pengguna tegar ini masih ingin merasa mempunyai smartphone canggih walaupun ianya tiruan. Maka smartphone dari china menjadi pilihan. Ia tetap satu pembelian gadjet.

Negara china memang terkenal sebagai pakar menyalin sesuatu gadjet. Namun kualitinya tidaklah akan sama dengan yang asli. Ada banyak variasi smartphone china yang meniru model-model smartphone sebenar. Saya tahu kerana aksesori telefon isuharna.com datang dari sana jugak.

Dalam pasaran tiruan paling banyak adalah smartphone berjenama samsung dan iphone. Samsung dan iphone sangat popular. Jadi pada tanggapan pengguna tegar ini walaupun menggunakan smartphone tiruan ia masih akan memberikan impak gaya dan keunggulan kepadanya. Kalau tak kita tak bagitau kawan-kawan bukan akan perasan ianya tiruan pun.

Baik, jika anda belum membeli smartphone tiruan dan berhajat untuk memilikinya saya cadangkan anda beli smartphone yang meniru 100 % dari segi bentuk fizikalnya. Pastikan dahulu sebelum membelinya. Tanya penjual sehabis mungkin sebelum membelinya.

Apabila anda membeli smartphone tiruan yang 100% copy dari sudut fizikal, anda akan mempunyai kelebihan untuk menumpang aksesori asli smartphone original. Sebagai contoh, anda membeli smartphone Samsung Galaxy Note 2 tiruan. Dengan bentuk fizikal 100% copy, anda akan dapat menggunakan screen protector, stereo earphone, pouch bag, slip in pouch, silicon case, back case dan bateri original.

Kelebihan ini amat penting jika anda berhajat untuk menggunakan smartphone tiruan ini dalam jangka masa yang lama. Selalunya bateri akan bagi masalah dulu.

Dari sudut hardware pula, pastikan penjual memaparkan spesifikasi yang datangnya dari Antutu Benchmark. Ia adalah satu aplikasi yang ada dalam Google Play. Antutu Benchmark ini akan memberikan maklumat hardware yang tepat. Anda akan dapat mengetahui jenis prosessor, kelajuannya, berapa terasnya (core), jumlah RAM, Saiz storan data dan jenis cip grafik. Maklumat ini sangat penting.

Maklumat yang tertera pada fungsi "Setting" yang telah tersedia di dalam smartphone tersebut boleh jadi tidak tepat. Ia boleh di ubah (tweak) untuk menunjukkan spesifikasi smartphone tiruan itu kuat, padahal spesifikasi hardware yang sebenar tidak begitu. Saya pernah beli pendrive bersaiz 600gb di china. bila semak di laptop juga menunjukkan 600gb, namun kantoi bila saya cuba copy file-file yang bersaiz lebih dari 2gb. Rupa-rupanya pendrive itu hanya bersaiz 2gb.

Harga smartphone tiruan samsung biasanya bermula dari RM600 hingga RM 800. Manakala harga smartphone original untuk model yang sama adalah dalam lingkungan RM 1700 hingga RM 2200.

Ada penjual yang menawarkan warranti selama 3 bulan, 6 bulan dan setahun. Pilihlah penjual dengan bijak. Jika anda bakal membelinya dari forum-forum, seperti carigold, baca terlebih dahulu komen-komen dari pelanggan-pelanggan penjual itu.

Pembelian yang paling baik adalah dengan cara COD (cash on delivery) atau CNC  (cash and carry).

Walaupun harga smartphone tiruan agak murah, namun kalau kena tipu pun sakit hati jugak dibuatnya.

Apabila anda sudahpun membeli smartphone tiruan, anda perlu bersedia dari sudut mental bahawa walaupun smartphone itu nampak sama, tapi masih tak serupa. Akan ada batasan yang smartphone china tak dapat buat sesuatu seperti smartphone original. Janganlah merungut. Kita dapat apa yang kita bayar. Sebagai contoh smartphone original samsung boleh di root dan install custom rom dari Cyanogen,sebuah komuniti hebat dalam mengeluarkan custom rom untuk smartphone-smartphone samsung. Boleh "run" games dan aplikasi berkuasa tinggi. Smartphone tiruan tak boleh.

Ada juga kes penjual yang tidak jujur menjual smartphone china pada harga AP (Approve permit). Penjual tersebut mengatakan bahawa smartphone tiruan itu adalah set smartphone yang ori, berwarantikan AP. Pastikan anda membuat sedikit survey dan kajian hardware smartphone original sebelum melangkah ke kedai telefon.

Sekian dahulu penulisan saya, semoga bermanfaat. Jika anda rasakan ianya bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan dan saudara anda ya.

Terima kasih dan jumpa lagi di penulisan yang akan datang.

Wednesday, September 12, 2012

Mentaliti melayu berkaitan pembelian secara online

Salam & hai,

Lama tak menulis di blog ni. Ok, saya nak tulis sikit berkaitan mentaliti melayu berkaitan pembelian secara online ni.

Ada yang bagus dan ada yang sangatlah menjengkelkan. Saya terpaksa menulis tajuk ini kerana sampai hari ini masih belum seimbang kuantiti pembeli yang bagus dengan pembeli yang menjengkelkan.

Pembeli yang bagus:
-Faham dan tau konsep pembelian secara online.

Pembelian yang menjengkelkan:
-Menganggap pembelian online ni macam pembelian barang di pasar malam.

Konsep Pembelian Online:
-Barang di iklankan di internet,melalui laman forum,facebook,laman web percuma seperti mudah.my dan lain-lain laman web.
-Bakal pembeli terlihat iklan dan minat terhadap barang tersebut.
-Bakal pembeli menghubungi penjual dengan kaedah yang telah terang-terangan di tunjukkan. Saya nyatakan dengan jelas untuk pertanyaan sila telefon,whatsapp,viber atau email sahaja. sms tidak akan di layan. Mengapa? kerana saya ingin pastikan kos operasi kekal di paras terendah,supaya saya sentiasa boleh berikan harga online yang terendah.

Di sini bakal pembeli yang bagus (beretika) yang memang serius nak beli akan mulakan proses pembayaran dan memaklumkan butiran yang di perlukan untuk proses pengeposan barang.

Bakal pembeli yang menjengkelkan ini, mula membuat lanjutan sms (tak berani telefon saya atau memang bajet kredit prepaid). Di antara soalannya, ada tak warna lain,ada tak untuk jenis phone A.berapa hari sampai dan sebagainya

Malahan ada pula bakal pembeli melayu yang menghantar sms dengan huruf besar dan tanda seruan yang lebih dari sekali (??). Ini bukan masalah besar namun anda perlu tahu dan faham etika menaip dan pembelian online ini.

Pembeli yang bagus cuma mahukan tracking no#. Selepas saya pos barang,saya pastikan tidak ada satu pembeli pun akan terlepas dari menerima tracking no#. Tracking no# sangat penting untuk menyemak status penghantaran barang anda. Dari situ anda akan dapat melihat perjalanan dari satu hentian ke satu hentian.

Pembeli yang menjengkelkan pula bertanya melalui sms bila barang akan sampai? Seolah-olah syarikat pos malaysia itu di miliki oleh saya. Pembeli menjengkelkan ini sangat malas untuk masuk ke laman web pos malaysia dan semak sendiri status penghantaran.

Padahal setiap hari online di facebook.Semaklah sendiri.

Bagi saya kepada pembeli nak tanya apa-apa soalan gunalah medium yang dapat menjimatkan kedua belah pihak. Gunakan email, facebook chat, yahoo chat, whatsapp dan viber. Saya amat berbesar hati untuk menjawab soalan-soalan melalui medium ini.

Jika anda tak dapat nak ikut konsep pembelian online, saya cadangkan anda beli saja di kedai-kedai cina berhampiran kawasan anda, dalam pasaraya dan pasar malam.

Sangat sedih semua perlakuan menjengkelkan ini datangnya dari pelanggan melayu saya. Jangan ingat semua pulak, sebahagian sahaja ya. Sangat susah nak jumpa perlakuan ini dari bangsa lain.Bukan tak ada langsung.

Zaman sekarang yang mencabar ini semua orang,pembeli dan penjual mahu kurangkan kos.

Ayuh,ubah mentaliti kita menjadi yang lebih baik!

Sampai jumpa lagi di penulisan akan datang.

Sunday, January 29, 2012

Tips membeli handsfree untuk handphone


Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua. Harap semuanya sihat,ceria & bahagia hendaknya. Handsfree atau earphone adalah aksesori yang wajib anda dapat apabila anda membeli handphone baru. pada masa kini,walaupun handphone harga bajet, pengeluar akan pastikan anda mendapat seunit earphone.

Seperti sedia maklum ada 2 jenis earphone, stereo & mono. Handphone yang menyokong fungsi pemain muzik biasanya akan di beri jenis stereo. Kualiti sound seperti mini kompo biasa. Kecuali baru-baru ini HTC mengeluarkan satu handphone nya dengan earphone dari Monster beat,Dr Dre.

Jika anda bercadang membeli earphone baru, saya cadangkan anda membeli earphone yang mempunyai fungsi "removable" earphone. Maksudnya, set earphone anda boleh di pisahkan kepada 2 bahagian. Soket 3.5mm dari handphone ke klip butang jawab telefon & microfon. Pecahan pada sambungan dari klip butang jawab telefon dan microfon ke earphone.

Dengan membeli jenis earphone ini anda dapat menukar earphone anda ke earphone yang lebih berkualiti, atau anda boleh gantikan dengan headphone. Anda juga boleh sambungkan handphone anda ke sistem audio dalam kereta mahupun sistem audio rumah, hanya dengan membeli wayar tambahan di depan dan hujung 3.5mm.

Speaker pada earphone memang memberi perbezaan pada kualiti bunyi. Kualiti pastinya lebih baik dengan menggunakan earphone yang lebih mahal.

Semoga bermanfaat. :D

Monday, December 5, 2011

Pesaing yang panas


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Saya tertarik dengan email layang yang saya baru terima hari ni daripada seorang pesaing aksesori handphone yang lain yang saya juga percaya karekternya seperti berikut:

-Melayu
-lelaki
-Juga berniaga di mudah.my
-Lokasi Wilayah Persekutuan (berdasarkan IP address)

Sila baca dan fahami mesej yang cuba disampaikan oleh pesaing tersebut.

Saya faham pesaing tersebut berniat baik untuk menjaga pasaran harga aksesori telefon bimbit.Tetapi setiap teguran yang membina haruslah disusuli dengan keberanian memperkenalkan diri. Barulah teguran itu boleh di ambil kira. Takkan la admin dari yahoo boleh berbahasa melayu & karang email sebegitu kepada pihak isuharna.

Jika pengirim email layang tersebut membaca blog ini,cuba bayangkan jika anda mempunyai terlalu banyak stok dalam tangan & pada masa yang sama stok baru untuk model lain sedang bertambah. Anda juga tidak mempunyai lokasi yang terlalu besar untuk menampung stok yang semakin bertambah. Apa akan anda lakukan?

Ya,anda akan lakukan seperti isuharna.com yang membuat clearence offer walaupun harga item di paras harga kos. Lebih lama anda simpan,item akan out of dated & rosak kerana faktor masa.

Kepada pembaca blog,pelanggan & bakal pelanggan, dari sini anda akan faham isuharna.com sedang cuba memberikan harga yang terbaik kepada anda,supaya dapat memberikan lebih nilai kepada wang anda.

Saya suka satu ayat yang saya dapat satu masa dulu, "kalau saya tak buat,orang lain akan buat"

Sekian, jumpa lagi di penulisan akan datang. :D

Friday, October 7, 2011

Pelanggan Sabah & Sarawak yang bijak


Salam & Hi semua,

kali ni saya nak 'share'kan sikit kelebihan yang di perolehi oleh penduduk Sabah & Sarawak yang percaya kepada business online.

Saya ada banyak pelanggan dari Sabah & Sarawak. Kebanyakkannya telahpun menjadi pelanggan berulang saya. Mereka akan survey harga barang di semenanjung dan membandingkan dengan harga pasaran di sana.

Majoriti para pelanggan saya amat gemar konsep "free fastest shipping" yang di tawarkan oleh www.isuharna.com/mobile.Ada pelanggan saya menceritakan dengan membeli di laman web saya,dia jimat sehingga RM 20.00 untuk setiap barang.

Di antara faktor-faktor yang meyakinkan pelanggan Sabah Sarawak saya untuk membeli secara online adalah kerana:

-Laman web yang stabil,profesional,lengkap & mesra pelanggan,serta menggunakan domain sendiri.
-Cara pembayaran yang mudah secara online.www.isuharna.com/mobile menawarkan pembayaran melalui CIMB & Maybank.
-Servis yang cepat.Buat bayaran sebelum 11am di isuharna.com/mobile & barang akan di pos pada hari yang sama.Tracking no# akan diberikan.
-Kestabilan perkhidmatan Pos Malaysia.Perkhidmatan Pos Laju & Pos Express yang di tawarkan oleh Pos Malaysia lebih luas skop kawasan liputannya berbanding perkhidmatan kurier swasta yang lain. Perkhidmatan Pos customer servis CSC juga memuaskan.

Dalam perniagaan online,antara cabaran besar yang perlu di hadapi oleh peniagaan adalah bagaimana nak dapatkan kepercayaan pelanggan pada pertama kali.

Sampai disini dulu. Jumpa lagi di penulisan akan datang.:D

Monday, September 19, 2011

Cerita aksesori handphone di Hari Raya


Salam & Hi,

Lama sungguh tak update blog nie.

Ok, saya nak cerita sikit pasal pergerakkan aksesori handphone di musim hari raya baru-baru ni di isuharna.com
Permintaan aksesori handphone mula bertambah di awal bulan puasa & tertinggi pada minggu ke tiga bulan puasa.Berdasarkan kajian ianya disebabkan oleh:

-Waktu siang banyak digunakan untuk surfing internet terutamanya lunch time.
Banyak pekerja & student menggunakan masa tengahari untuk surfing internet menggantikan masa makan.Lebih banyak tengok promosi akan meningkatkan keinginan untuk memilikinya.Hehehe..

-Persediaan membeli handphone raya!. Zaman serba IT ni bukan setakat baju baru saja,handphone baru pun perlu yer tak.Bergaya sikit bila balik kampung nanti.Ada beberapa pelanggan saya bagitau mereka standby aksesori handphone dulu sebelum tangkap handphone baru di hujung puasa sebab time tu akan dapat duit lebih seperti duit OT,duit berniaga partime,duit bonus & lain-lain duit tambahan.

-Beli kat girlfren n boyafren.Ada jugak yang beli utk adik beradik & kengkawan (ada tapi jarang-jarang yang kita dengar)

Aksesori handphone paling polular:

-Silicon case & Back cover .Biasanya pelanggan beli untuk handphone baru.Nak jaga surface belakang tak mau bagi calar la katakan. :D

-Screen protector.Pelanggan beli untuk menggantikan yang lama yang dah bercalar. Bagi phone baru biasanya kedai selalu bagi free aksesori tu.Tapi ada jugak kedai yang lokek tak bagi pun.Cis kedekut.

-Pouch bag.Paling laku jenis Flip type sebab senang nak letak dalam poket atau handbag.

-In car charger.Pelanggan beli untuk yang nak memandu jauh balik kampung.Standby satu in car charger dalam dashboard kereta.Kebanyakkan smartphone kan makan bateri.Jadi ada in car charger tak lah risau sangat.

Jenama handphone paling laris?

Berdasarkan kepada corak pembelian aksesori handphone,Jenama Samsung berada di tempat pertama & di susuli oleh Nokia di tempat kedua.

Kuasa membeli akan sentiasa ditangan kita sebagai pengguna.Buat pilihan yang bijak sebelum membeli ya.Terima kasih banyak kepada pelanggan yang telah membeli belah di isuharna.com. Jumpa lagi di penulisan akan datang. :D

Tuesday, June 14, 2011

Aksesori handphone datang dan pergi


Aksesori handphone datang dan pergi.

Sekali dia datang,bermacam jenis yang ada sampai konfius nak pilih yang mana satu nak jual.Satgi salah pilih,jenuh nak pakai sendiri pulak. :D

Saya suka buat survey di internet,saya mahu tahu handphone mana yang tengah meletup di pasaran,mempunyai permintaan yang tinggi. Handphone yang mempunyai permintaan yang tinggi,secara automatiknya permintaan aksesorinya juga bertambah.

Sehingga penulian saya ini,Samsung dilihat telah mengeluarkan taringnya & mengigit saingannya.Bermula dari Galaxy S,kemudian Galaxy Tab,Galaxy SL, Galaxy Ace & terbaru Galaxy Mini.Saya mendapat terlalu banyak permintaan aksesori untuk handphone samsung.
Terima kasih banyak-banyak kepada pelanggan saya yang telah membeli :D

Namun masalah yang saya selalu hadapi,tak berupaya memenuhi semua permintaan pelanggan atas faktor kehabisan aksesori di tempat supplier.Sebagai kes yang terdekat,saya mengecewakan banyak bakal pembeli pouch bag Samsung Galaxy SL.
Dua dozen pouch bag yang saya ambil habis dalam 2 hari.Sampai hari ni,supplier belum ada stok baru.Aduhai rugi rugi. :D

Kesimpulannya jika saudari & saudari nampak ada sesuatu aksesori handphone yang menarik hati,tak kiralah siapapun penjualnya,dimanapun tempatnya,segerakan pembeliannya.Jangan tangguh.

Tapi,sebelum tu,buat survey dulu mengenai harga yang ditawarkan.Jangan kerana beli secara tergesa-gesa,kena sembelih macam kambing pulak.hehehe.
Internet adalah tempat yang cukup baik untuk survey harga.Sampai jumpa lagi di penulisan akan datang :D

Saturday, June 4, 2011

Komunikasi melalui Email & SMS


Pelanggan & bakal pelanggan sentiasa boleh menghubungi email saya di alamat sales@isuharna.com atau isuharna@ymail.com.

Saudara saudari boleh bertanya soalan-soalan berkaitan dengan aksesori handphone yang saya jual & yang dicari oleh saudara saudari. Maklumlah, aksesori handphone terlampau banyak seiring dengan jenis-jenis handphone yang berlambak di pasaran.Pihak isuharna.com sendiri pun tak terkejar.:D

Saya boleh berikan penerangan mengenai aksesori-aksesori handphone yang bakal di beli,supaya saudara saudari faham & mendapat maklumat yang secukupnya sebelum membuat bayaran. Pihak isuharna.com berusaha supaya saudara saudari berpuas hati apabila membeli di isuharna.com.Seperti pepatah rambut sama hitam,hati lain-lain.

Biasanya bakal pelanggan akan bertanya soal warranty untuk aksesori bersifat elektronik,kualiti & material sesuatu barang,diskaun jika beli banyak,warna yang ada, dan lain-lain soalan yang pelbagai.

Pihak isuharna.com & saya berjanji akan membalas semua email yang di terima,walaupun kadang-kadang ada soalan-soalan berbentuk "bonus".Saya juga boleh menerima kritikan dan teguran membina.Saya pun manusia biasa.

KECUALI, email yang berbentuk spam,menghina,mencaci dan bersifat dengki kianat.Eh? ada ka? Yaa..memang ada malahan banyak yang saya terima.Takpa,orang berniaga kan kena banyak sabar :D

Komunikasi melalui SMS
Komunikasi melalui SMS pada awal perniagaan tahun 2009 memang dibuka kepada umum,tetapi atas faktor spam SMS yang terlalu banyak,pihak isuharna.com terpaksa hadkan kepada pelanggan sedia ada sahaja & kepada bakal pelanggan yang serius nak beli sahaja.Bakal pelanggan yang serius boleh di bezakan dengan cara email yang di hantar kepada saya.

Pelanggan yang telah membeli dari isuharna.com boleh dapatkan di belakang sampul pos express yang di terima. Di belakang sampul ada tertulis nama,alamat & no# handphone saya. Save no# saya di handphone saudara saudari & SMS saya kerana saya simpan semua no# pelanggan di handphone saya. Sekian,jumpa lagi di penulisan akan datang. :D

Thursday, May 12, 2011

Barang sampai inform saya ya.Thanks! :D


Isuharna.com merupakan salah satu jenama yang menjual produk-produk di internet, yakni secara online.Apabila jualan barang fizikal melalui medium online, antara tools yang utama adalah perkhidmatan pengeposan.

Perkhidmatan pengeposan yang dipilih oleh isuharna.com adalah Pos Malaysia.
Perkhidmatan yang digunakan adalah Pos Express & Pos Laju. (90% adalah Pos Express)
Sepanjang perniagaan isuharna.com dari 2009, boleh dikatakan 99% produk yang dihantar kepada pelanggan sampai ke tangan pelanggan,dalam keadaan yang baik & mengembirakan pelanggan.

Walaupun ada sesetengah pelanggan mengadu barang lambat sampai,ianya tetap sampai walaupun ke zon kawasan yang agak pedalaman.

Isuharna.com amat komited untuk memastikan produk yang dibeli sampai ke tangan pembeli.Sebab itu dalam email komunikasi bersama pelanggan,saya selalu masukkan ayat : "Barang sampai inform saya ya" & "once item received let me know ya".
Majoriti pelanggan replay email & memberitahu saya barang telah terima.
Ada juga yang sms saya & tak kurang juga yang menalefon sambil bertanya produk-produk lain yang ingin di cari.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Pos Malaysia Customer Care (CSC) yang mempunyai perkhidmatan yang pada pengalaman saya ianya bagus & berkesan. Setiap email permasalahan penghantaran saya dijawab dengan sopan & detail.

Jutaan Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang terus menyokong & mempercayai isuharna.com. Trusted Malaysian Online Mall ! :D

Tuesday, February 8, 2011

Membeli belah secara online di isuharna.com/mobile

Pengenalan:
Pembelian secara online semakin berkembang pesat di Malaysia.Kini hampir semua jenis barang boleh di beli melalui internet dari ikan masin,belacan hinggalah kereta dan perabot-perabot.Pembeli juga boleh membeli dari serata dunia.Kali ini kita cerita dalam website isuharna.com sahaja ya.

Diantara pemangkin yang menyebabkan perkembangan ini adalah dengan kepelbagaian perkhidmatan internet & jalur lebar, kemudahan perbankan elektronik, dan gajet-gajet cangih manggih yang berada di pasaran.

Kebaikan membeli secara online:
Barang yang dibeli akan sampai depan pintu rumah/peti surat.
Sesetengah syarikat mempunyai khidmat penghantaran mereka sendiri manakala kebanyakan syarikat online lain pula menggunakan perkhidmatan kurier seperti Pos Malaysia & kurier swasta lain seperti Nationwide,UPS,Fedex,DHL,Gdex & lain-lain lagi.

Isuharna Enterprise,iaitu syarikat yang memiliki isuharna.com/mobile menggunakan perkhidmatan Pos Express yang dimiliki oleh Pos Malaysia.
Sehinggalah hari ini perkhidmatan Pos Express tidak mengecewakan saya. :)

Barang yang dibeli lebih menjimatkan.
Harga yang dijual biasanya lebih murah dari kedai-kedai fizikal.Harga yang murah ini disebabkan penjimatan isuharna Enterprise dari segi sewa kedai,bil utiliti,upah pekerja dan lain-lain kos operasi.

Pembeli juga jimat masa,tenaga,kos pembelian seperti minyak kereta & parking.

Pemilihan (windows shopping) & pembelian boleh dilakukan bila-bila masa di hadapan komputer.

Tetapi jika ada diantara aksesori telefon bimbit yang saya jual di isuharna.com/mobile terdapat di kedai dekat rumah pada harga yang sama, belilah di kedai tersebut kerana ianya lebih cepat & efektif.Tapi kalau mahal barulah beli kat saya.hehehe..

Barangan yang eklusif.
Sesetengah jenis aksesori telefon bimbit memang tak terdapat di kawasan/negeri anda.Banyak jugak pelanggan saya datang dari Sabah,Sarawak,Johor & negeri-negeri yang jauh dari Pulau Pinang.

Keburukkan membeli secara online:
Semakin canggih sesuatu teknologi itu, semakin canggihlah cara orang menipu.
Kadang-kadang tu ambil masa juga baru sedar kita dah di goreng hidup-hidup.
Secara tidak langsung mencontengkan arang ke peniaga online sebenar.

SSM:
Syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) biasanya menjalankan perniagaan dengan baik.Pembeli juga lebih mudah mengesan dan menjejaki syarikat terbabit jika berlaku penyelewengan.

Nasihat saya:

-beli online dari syarikat yang berdaftar,kerana mereka yang berdaftar membuktikan mereka memang bersungguh nak berniaga.

-Pastikan laman web yang menjual sentiasa update.

-Tunggu respon seperti email atau sms sebelum membuat pembayaran.Ianya bukti hitam putih urusniaga. Lebih baik jika ada orang perseorangan dalam syarikat yang menguruskan pertanyaan & pembelian anda (Saya la..hehehe)

-Tanya soalan dahulu jika ada term atau apa-apa info yang ingin diketahui.Peniaga yang jujur biasanya akan menjawab setiap soalan bakal pelanggan.

-Survey sebelum beli.Ala,macam window shopping la jugak. :D

Harapan saya:
Saya berharap agar sektor jualan secara online akan menjadi lebih maju seperti di negara-negara barat.

Saya juga berharap laman web isuharna.com akan mendapat kepercayaan penuh dari bakal pelanggan & pelanggan sedia ada.

Pihak Isuharna Enterprise berusaha gigih untuk menjadi salah satu syarikat online yang dipercayai,disukai, & menjadi pilihan pertama di hati rakyat Malaysia kita. Amin.

Thursday, January 27, 2011

Pouch bag yang paling popular





Sepanjang perniagaan,saya dapati ada 1 jenis barang mendapat sambutan yang cukup tinggi dan mengalakkan. Ianya adalah slip in pouch atau "beg serlum".

Variasi Slip in Pouch:

Terdapat pelbagai variasi slip in pouch dalam pasaran.Diantaranya adalah:
Slip in pouch normal (without stripe)
Slip in pouch with stripe
Slip in pouch side design

Kegunaan Lelaki & wanita:

Kebanyakan lelaki suka meletakkan handphone mereka di dalam poket seluar depan,kiri atau kanan,jean ataupun slack.Adakalanya terlupa & cuai meletakkan handphone & kunci atau syiling bersama.Akibatnya handphone calar apabila berlaku geseran,terutamanaya screen.

Bagi wanita pula handphone biasanya di letakkan di dalam handbag.Biasanya dalam handbag ada terselit satu poket khas untuk meletak handphone.Tapi adakalanya atas faktor cuai & tergesa-gesa handphone tadi juga boleh tercampur dengan barangan lain yang terdapat dalam handbag seperti gincu,bedak makeup,syiling & lain-lain barang wanita.

Warna Pilihan:
Berdasarkan rumusan jualan dari isuharna.com/mobile lelaki banyak memilih warna yang gelap seperti hitam & biru tua (dark blue). Material pula kebanyakkan lelaki suka jenis kulit yang kasar dan menggerutu seperti kulit buaya.

Wanita pula lebih banyak memilih design yang lebih ceria & cerah.Antara warna yang mendapat sambutan tinggi adalah warna merah & putih.
Ada juga yang memilih corak petak-petak.

Rumusan:
Dengan menggunakan slip in pouch,handphone kesayangan kita akan lebih selamat di dalam poket seluar,di dalam handbag atau di mana sahaja tempat yang berisiko mencalarkan handphone kita. Penggunaan slip in pouch juga menambahkan gaya & fesyen.
Setiap slip in pouch mempunyai kelebihan & harganya yang tersendiri. Pilihlah mengikut kesesuaian handphone anda.Sebaiknya slip in pouch yang di pilih janganlah terlalu ketat & terlalu longgar. Selamat memilih. :)

Sunday, January 16, 2011

Harga aksesori telefon bimbit


Sememangnya perniagaan aksesori untuk telefon bimbit menjadi salah satu cabang perniagaan yang popular. Ianya di sebabkan oleh permintaan pengguna yang semakin tinggi,pengeluaran pelbagai model telefon bimbit terkini, di tambah pula faktor negara China yang begitu kreatif mengeluarkan pelbagai jenis aksesori.

Dahulunya perniagaan aksesori telefon bimbit di monopoli oleh kaum cina,kemudiannya mula mendapat perhatian oleh kaum lain yang melihat peluang pendapatan yang menarik,termasuk saya di www.isuharna.com.hehehe.

Dari pouch bag hingga ke back cover, semuanya mempunyai pelbagai variasi & pilihan yang menarik. Namun begitu,terdapat jurang perbezaan harga jualan yang ketara di pasaran.Ianya disebabkan oleh:
(1)Faktor tempat perniaagan itu dijalankan
(2)sumber pembekal
(3)pembungkusan.

(1)Faktor tempat perniaagan itu dijalankan
Tempat yang eklusif takkan nak jual satu barang RM 5.00 kut. Harga yang murah di tempat eklusif di pandang lekeh & tidak berkualiti oleh sesetengah pihak.Jika harganya mahal,ianya di pandang mulia & boleh mencemburukan kawan-kawan.Namun jangan salahkan peniaga,itu adalah kehendak masyarakat sendiri.Juga jangan lupa faktor kos operasi yang tinggi yang perlu di tanggung oleh peniaga.

(2)sumber pembekal
Ada sesetengah peniaga tidak terus ke pembekal,sebaliknya membeli melalui pihak kedua.Peniaga tersebut menjadi pihak ketiga.Sebab itu kadang-kadang ada peniaga yang tergaru-garu kepala yang tidak gatal,ketika melihat pesaingnya menurunkan harga ke harga "kos" yang dia dapat.


(3)pembungkusan.
Rata-ratanya pembekal aksesori telefon bimbit menyediakan pembungkusan yang ringkas,tidak terlalu menonjol bagi memastikan pembekal mendapat untung yang berpatutan.Kemudiannya pembungkusan ini di tukar mengikut pembungkusan peniaga yang mempunyai jenama kedai,tanda harga yang menarik & plastik pembungkusan yang elegan.
Pendek kata memberi penjenamaan kepada aksesori tersebut agar lain dari peniaga lain.


Jika saudara saudari jenis yang suka survey sebelum beli,ianya adalah langkah yang bijak dan selamat.Bukan sayang duit tapi nak pastikan pembelian kita berbaloi.
Sekian dulu,sampai jumpa di penulisan akan datang! :)
www.isuharna.com/mobile

Sunday, July 18, 2010

Jangka hayat Nokia 6600 sabun




Handphone Nokia 6600 sabun di lancarkan pada tahun 2003.Pengeluarannya di tamatkan oleh Nokia pada tahun 2007.

Pada awalnya harga handphone ni mencecah RM 2 ribu lebih.Kini handphone sekenhand boleh didapati di kedai-kedai handphone pada harga RM120-RM150 sahaja.

Saya adalah salah seorang yang memiliki handphone sabun ini. Saya beli pada tahun 2004 pada harga RM 1250.00 di kedai handphone dalam Prangin Mall Pulau Pinang.

Sampai lah ke hari ini Julai 2010 handphone sabun saya ni masih berfungsi dengan baik,tanpa sekalipun di hantar ke kedai repair handphone. Pernah la kena virus sampai handphone ni "hang". Problem settle bila saya buat hard reset *#7370#.Tanya encik Google.

Bateri dah tukar 2 kali.Harga bateri yang saya guna adalah gred AAA berharga RM 35.00.Jangka hayat melebihi 2 tahun jika di caj dengan cara yang betul.

Cara yang betul adalah,kita hanya caj bila bateri dah nak abis,bukan sesuka hati bila nampak setengah saja caj,kurang sikit saja caj.Salah tu.

Eh? bukan lithium batteri tak ada memori effek ka? Betul, tapi kemasukkan power yang berlebihan & tidak seragam akan menyebabkan bateri kembung.Bila kembung,kekuatan penyimpanan kuasanya berkurangan.

Memori kad yang saya gunakan adalah 1gb. Saya ingat lagi saya beli memori kad tu kat pc fair di PISA penang.Tahun 2005. 1gb memori kad jenama Twinmos berharga RM 70.00.Fuhh.. kalau nilai tu sekarang berapa keping saya dapat sekarang yer..

Semalam saya baru beli housing baru untuk Nokia 6600 sabun saya tu. Hah? harga? hehehe.. RM 9.00 saja..Warna pearl white.Cara pasang pun senang..cungkil jer..

Jangka hayat handphone memang panjang..asalkan kita guna dengan cara yang betul,jaga dengan cara yang betul..Saya tak tau la orang lain,tapi saya sayang barang-barang saya sebab bukan senang saya nak dapat satu satu benda tu..

Beg Golla muat untuk Iphone 3GS & handphone besar.




Mungkin ramai yang tak sedar pouch bag design Golla yang berada di pasaran kedai aksesori handphone & pasaraya muat untuk handphone sebesar iphone 3G.
Beg Golla ni jugak sesuai untuk peralatan elektronik dan barangan lain.

Di antaranya adalah:
-Handphone laa.
-Kamera digital kompak (DSLR muatla untuk bateri dia saja hihihi)
-Mp3 & mp4 player
-Sebagai dompet Duit.Letak ic,duit syiling,duit kertas,gincu bla bla bla..
-Lain-lain lagi..

Ciri ciri beg ni:
-Ada penyangkut aluminium.Boleh cakuk ke tali pinggang terus.
-Ada lubang untuk masukkan tali pinggang.Kalau jenis orang yang tak confident dengan cakuk aluminium boleh guna kaedah ni.
-Ada zip di bahagian belakang.Boleh la letak syiling ker,duit kertas ker,memori kad ker..apa apa jer lah..
-Di sertakan tali dengan penyelaras untuk sangkut ke leher.
-Terdapat pelbagai jenis material,daripada plastik pvc hinggalah jenis kain.
-Terdapat pelbagai jenis corak untuk di pilih.
-Melindungi handphone/peralatan elektronik anda daripada calar.
-Senang di bawa.

Harga? Di pasaran bermula dari RM 12.00 hingga ke RM 49.90.

Monday, July 12, 2010

Headphone yang sedap


Bila dengar lagu,saya suka guna headphone Sony Ericsson model HPM-85. Bukan nak promote,tapi saya puas hati dengan sound nya..sedap gilerr..

Dia punya bass memang best.Saya guna bila:

-Orang umah cup tv.Tengok gambar x sama minat. parent hood? desperate housewife? kimora? & kardashian? Oh noo.. Kena la surfing internet kat pc.

Sambil sambil tu guna headphone ni plug kat pc & dengar mp3 or video dari youtube.Tapi kena sambung extension sebab wayar pendek kalau sambung guna 3.5mm socket.

Tips: kalau nak cari apa-apa lagu mp3, cari guna google & last words letak mediafire.Selalunya lagu yang saya nak dengar senang dapat kalau guna cara ni.

Tapi saudara saudari kena la beli albumnya yang ori kalau lagunya memang sedap di dengar.Bukan apa,support lah industri muzik kita.

-kalau kat luar saya dengar lagu guna sony ericsson p990i tu saja.

Bila aksesori baru masuk..


Bagi memastikan aksesori handphone segera di iklankan dalam internet,saya:

1. Tangkap gambar.Saya guna kamera handphone saja,model sony ericsson P990i.Ala yang 2 megapixel tuh.
2. Transfer ke pc via data cable DCU-60 sony ericsson.Senang sebab just plug in saja handphone ni dah jadi macam pendrive.Tak payah cabut memori kad keluar.
3. Saya guna irfanview (freeeeware) untuk crop pics, resize ke 640 x 480 and last skali save ke format jpg.
4. Upload ke website sendiri dulu apa-apa hal pun.
5. Pastu load masuk ke website picture gallery.Ini sebab dalam forum forum kita kena upload gambar guna link.Antara website yang menyediakan service ni adalah seperti photobucket.Free jer.
6. Upload ke forum forum.
7. Upload ke facebook..
8. Last sekali baru send ke customer & agent email list.
9. Dalam mudah ikut jugak,kalau tak ramai yang ada barang serupa baru saya upload.Kalau ramai takyah la upload..bukan apa..letih compete harga.
10. Finally tunggu potential customer...

Berita baik untuk pemilik Iphone 3G & 3GS


Salam semua,

Isuharna.com kini menawarkan pelbagai pilihan aksesori tambahan untuk iphone 3G & 3GS.
Dapatkan aksesori pilihan anda dengan harga gudang sekarang. Pastinya berbaloi.

www.facebook.com

http://www.isuharna.com/mobile/