Pages

Search Result

Sunday, January 16, 2011

Harga aksesori telefon bimbit


Sememangnya perniagaan aksesori untuk telefon bimbit menjadi salah satu cabang perniagaan yang popular. Ianya di sebabkan oleh permintaan pengguna yang semakin tinggi,pengeluaran pelbagai model telefon bimbit terkini, di tambah pula faktor negara China yang begitu kreatif mengeluarkan pelbagai jenis aksesori.

Dahulunya perniagaan aksesori telefon bimbit di monopoli oleh kaum cina,kemudiannya mula mendapat perhatian oleh kaum lain yang melihat peluang pendapatan yang menarik,termasuk saya di www.isuharna.com.hehehe.

Dari pouch bag hingga ke back cover, semuanya mempunyai pelbagai variasi & pilihan yang menarik. Namun begitu,terdapat jurang perbezaan harga jualan yang ketara di pasaran.Ianya disebabkan oleh:
(1)Faktor tempat perniaagan itu dijalankan
(2)sumber pembekal
(3)pembungkusan.

(1)Faktor tempat perniaagan itu dijalankan
Tempat yang eklusif takkan nak jual satu barang RM 5.00 kut. Harga yang murah di tempat eklusif di pandang lekeh & tidak berkualiti oleh sesetengah pihak.Jika harganya mahal,ianya di pandang mulia & boleh mencemburukan kawan-kawan.Namun jangan salahkan peniaga,itu adalah kehendak masyarakat sendiri.Juga jangan lupa faktor kos operasi yang tinggi yang perlu di tanggung oleh peniaga.

(2)sumber pembekal
Ada sesetengah peniaga tidak terus ke pembekal,sebaliknya membeli melalui pihak kedua.Peniaga tersebut menjadi pihak ketiga.Sebab itu kadang-kadang ada peniaga yang tergaru-garu kepala yang tidak gatal,ketika melihat pesaingnya menurunkan harga ke harga "kos" yang dia dapat.


(3)pembungkusan.
Rata-ratanya pembekal aksesori telefon bimbit menyediakan pembungkusan yang ringkas,tidak terlalu menonjol bagi memastikan pembekal mendapat untung yang berpatutan.Kemudiannya pembungkusan ini di tukar mengikut pembungkusan peniaga yang mempunyai jenama kedai,tanda harga yang menarik & plastik pembungkusan yang elegan.
Pendek kata memberi penjenamaan kepada aksesori tersebut agar lain dari peniaga lain.


Jika saudara saudari jenis yang suka survey sebelum beli,ianya adalah langkah yang bijak dan selamat.Bukan sayang duit tapi nak pastikan pembelian kita berbaloi.
Sekian dulu,sampai jumpa di penulisan akan datang! :)
www.isuharna.com/mobile

No comments:

Post a Comment