Pages

Search Result

Wednesday, October 23, 2013

Antara fungsi kamera smartphone yang mungkin anda tak pernah cuba

Antara fungsi kamera smartphone yang mungkin anda tak pernah cuba:

01.Tangkap gambar kawan atau adik beradik anda bersama barang anda yang dipinjam.
Contohnya buku, atau dvd, ataupun baju. Biasala kengkawan ni bila pinjam suka buat harta. Gambar ini akan mengingatkan anda kemana barang anda sudah menghilang.


02. Tangkap gambar peti ais anda yang penuh dengan barang dalamnya  yang tersusun.
Jika anda ke pasaraya nanti bolehlah rujuk gambar jika terlupa barang-barang yang perlu di beli. Anda boleh berjimat dengan mengelak membeli barang yang masih banyak dalam peti ais anda.


03. Tangkap gambar signboard, atau gambar-gambar bangunan atau tempat yang anda ingin pergi, jika melancong ke negara yang kurang berbahasa inggeris.
Contohnya jepun atau korea. Jika anda ingin bertanya jalan atau tempat kepada orang-orang di situ, bolehlah tunjukkan gambar tersebut. Kuranglah sikit ayam dengan itik bercakap.


04. Tangkap gambar dokumen penting.
Anda boleh tangkap gambar ic anda, isteri/suami anda, surat beranak anak, passport, atau sijil kahwin dan simpan ke dalam smartphone anda. Tapi pastikan guna aplikasi yang membolehkan gambar dokumen penting itu ber "password". Jika anda melancong ianya memudahkan anda. Kalau tiba-tiba terlupa bawa sijil nikah bolehlah tunjuk yang dalam smartphone anda.


05. Tangkap gambar iklan.
Jika ada nombor dari sesuatu banner atau pamplet ataupun yang dilekatkan di tiang telefon, anda boleh tangkap gambar nombor telefon tersebut, beserta dengan kandungan iklan. Anda juga boleh tangkap gambar dari skrin komputer/laptop anda, Sebagai contoh jika anda sedang melihat iklan produk saya isuharna.com/mobile di dalam laman web mudah.my, tangkap gambar iklan saya dan boleh rujuk untuk menghubungi saya di masa yang lain.


06. Tangkap gambar kandungan buku / surat khabar /majalah.
Ok, anda sedang berada di perpustakaan, gunakan smartphone anda untuk tangkap gambar maklaumat yang ingin anda baca kemudian. Pastikan tukar bunyi kamera anda kepada senyap (silent), dan dari fungsi kamera anda pilih mode dokumen (jika ada).



07. Tangkap gambar yang anda ingin beli di kemudian hari.
Anda teringin sangat nak beli pouch bag samsung galaxy s4 kat kedai online saya isuharna.com (contoh..hehehe). Tapi time tu gaji jauh lagi. tangkap gambar produk tersebut dan simpan dalam folder khas dalam smartphone anda dengan tajuk "want to buy list". Nanti dapat gaji boleh buka gallery folder tu untuk rujukan.



Ok, itu jer la yang terfikir buat masa sekarang. Jika anda ada idea lain yang bernas sila komen di bawah ya.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca. Harap bermanfaat dan kongsikan dengan kengkawan anda ya.

Sampai jumpa lagi di penulisan akan datang :)

Suhardi Mohamed
sales@isuharna.com
isuharna.blogspot.com
Facebook.com/isuharna.mobile


P/S: Gambar hiasan.


No comments:

Post a Comment