Pages

Search Result

Friday, October 11, 2013

Pentingkah ram di dalam smartphone?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini saya nak bercerita sedikit berkenaan RAM. Definasi ram adalah Random Access Memory. Apakah kegunaan ram ni pada smartphone? Ram bertindak sebagai tempat simpanan sementara (temporary storage) yang menyimpan sesuatu aplikasi atau games yang di lancarkan atau yang sedang digunakan. Atau lebih mudah di sebut aplikasi dan games anda, juga aplikasi sistem pengoperasian android/Ios anda terapung-apung di dalam ram ini.

Sebagai contoh, setelah anda selesai bermain games dan anda tutup games tersebut, maka games yang terapung dalam ram itu juga di padam. Kenapa mesti terapung dalam ram? aplikasi dan games yang terapung didalam ram akan di proses oleh processor,mengikut input yang anda masukkan. Saya beri contoh anda buka aplikasi notepad, anda cuba taip sedikit data dalam notepad tersebut. Jangan klik save. Anda nampak setiap perkataan dan ayat ada di skrin bukan? Ini kerana ram sedang menerima input anda dan ianya sedang terapung. Ok, cuba anda tekan power button smartphone anda dan tutup smartphone anda serta merta. 

Apabila anda buka kembali smartphone anda, data dalam notepad yang anda telah taip tidak lagi berada di skrin, dan juga tidak di simpan didalam smartphone anda.  Data tadi hanya akan wujud apabila anda save terlebih dahulu,suapay data tadi disimpan ke dalam kawasan simpanan tetap (phone memory storage atau micro sd storage).

Pentingkah ram didalam smartphone? Ya, amat penting. Lebih besar saiz sesuatu ram maka lebih banyak aplikasi dan games yang dapat di apungkan di dalam smartphone anda. Ruang untuk meletakkan pelbagai aplikasi lebih besar. Ok, untuk makluman anda jika anda seorang pengguna aplikasi sosial yang amatlah aktif. Anda ada twitter, facebook, instragram, whatsapp, viber, line, kakaotalk, wechat dan pelbagai lagi mak nenek aplikasi yang dan di install dalam smartphone anda. Pemilik smartphone isuharna.com (saya la hehe) hanya ada wechat, facebook, twitter, dan whatsapp dalam smartphone saya. Maklumlah, smartphone murah la katakan. Jika anda mempunyai smartphone yang mempunyai specifikasi ram 1gb ke atas, anda tidak akan berasa seperti smartphone anda lambat dan lembab (lag), berbanding jika anda mempunyai smartphone yang hanya mempunyai 512mb ram. Smartphone dengan ram sebesar 512mb akan bersusah payah untuk swap (mengalih aplikasi) ke kawasan memory storage untuk memberi keutamaan kepada aplikasi yang lebih aktif.

Sekarang,pada masa post ini di tulis, size ram tertinggi untuk smartphone adalah 3gb (samsung galaxy note 3). Jika anda lihat smartphone yang mempunyai ram yang tinggi seperti 2gb semuanya mempunyai harga RM 1 ribu dan ke atas. Ram yang besar memberi kelebihan yang banyak kepada smartphone anda. Lebih laju, lebih stabil, kurang aplikasi "crash and hang".

Jadi saya suhardi mohamed mencadangkan kepada anda supaya meneliti dahulu specifikasi ram sesuatu smartphone yang anda ingin beli. Janganlah hanya melihat bentuk dan luaran sahaja ya, atau mengikut sahaja apa yang juru jual telefon bimbit cadangkan. Cuba tanya jurujual "smartphone ini ram berapa ya". Ini akan memberikan gambaran bahawa anda tahu seba sedikit mengenai smartphone (jika anda pertama kali nak beli smartphone la ya). Lagi satu,jangan terpedaya mendengar bahawa lebih hebat processor maka lebih laju smartphone and internet anda. Fungsi ram juga amat penting dalam menyumbang kepada kelajuan sesuatu smartphone. Insyaallah jika ada kesempatan saya akan ceritakan pulak mengenai processor.

Sampai disini dahulu penulisan saya. jemput la ke isuharna.com/mobile untuk melihat aksesori-aksesori telefon bimbit dan smartphone anda. Manala tahu kut-kut ada yang berkenan.  jumpa lagi di penulisan akan datang :)

P/S: Jika maklumat ini bermanfaat kepada anda, kongsikan dengan rakan-rakan anda ok.

8 comments:

  1. Artikel yg sangat baik...thanks sbb share info ni...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ilmunya tuan,jelas dan berguna.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas info yg diberikan

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ilmu yang bermanfaat

    ReplyDelete
  5. sharing is caring..tenkiuuu...🤗

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan Hi.

    Saya dari masa depan. Iaitu tahun 2020 (zaman Covid-19 bukan zaman kereta terbang...hehe)

    Terima kasih kepada penulis blog.

    Tahun 2013 RAM paling besar ialah 3GB
    Tahun 2020 RAM paling besar ialah 8GB. Harga pun jauh lebih murah. Kalau shopee sale 12.12 boleh la dapat RM799 untuk Vivo Y50.

    Apapun terima kasih sekali lagi pada penulis blog.

    Yang benar
    Daie Epul
    Tak hensem tak pe. Janji RAM besar.
    11.12.2020

    ReplyDelete