Pages

Search Result

Thursday, January 27, 2011

Pouch bag yang paling popular





Sepanjang perniagaan,saya dapati ada 1 jenis barang mendapat sambutan yang cukup tinggi dan mengalakkan. Ianya adalah slip in pouch atau "beg serlum".

Variasi Slip in Pouch:

Terdapat pelbagai variasi slip in pouch dalam pasaran.Diantaranya adalah:
Slip in pouch normal (without stripe)
Slip in pouch with stripe
Slip in pouch side design

Kegunaan Lelaki & wanita:

Kebanyakan lelaki suka meletakkan handphone mereka di dalam poket seluar depan,kiri atau kanan,jean ataupun slack.Adakalanya terlupa & cuai meletakkan handphone & kunci atau syiling bersama.Akibatnya handphone calar apabila berlaku geseran,terutamanaya screen.

Bagi wanita pula handphone biasanya di letakkan di dalam handbag.Biasanya dalam handbag ada terselit satu poket khas untuk meletak handphone.Tapi adakalanya atas faktor cuai & tergesa-gesa handphone tadi juga boleh tercampur dengan barangan lain yang terdapat dalam handbag seperti gincu,bedak makeup,syiling & lain-lain barang wanita.

Warna Pilihan:
Berdasarkan rumusan jualan dari isuharna.com/mobile lelaki banyak memilih warna yang gelap seperti hitam & biru tua (dark blue). Material pula kebanyakkan lelaki suka jenis kulit yang kasar dan menggerutu seperti kulit buaya.

Wanita pula lebih banyak memilih design yang lebih ceria & cerah.Antara warna yang mendapat sambutan tinggi adalah warna merah & putih.
Ada juga yang memilih corak petak-petak.

Rumusan:
Dengan menggunakan slip in pouch,handphone kesayangan kita akan lebih selamat di dalam poket seluar,di dalam handbag atau di mana sahaja tempat yang berisiko mencalarkan handphone kita. Penggunaan slip in pouch juga menambahkan gaya & fesyen.
Setiap slip in pouch mempunyai kelebihan & harganya yang tersendiri. Pilihlah mengikut kesesuaian handphone anda.Sebaiknya slip in pouch yang di pilih janganlah terlalu ketat & terlalu longgar. Selamat memilih. :)

1 comment:

  1. Blh saya thu alamat tempat awk?? Dan sekiranya saya nk beli dlm 10 atu belasn unit blh bgi low peris tk ??

    ReplyDelete