Pages

Search Result

Tuesday, February 8, 2011

Membeli belah secara online di isuharna.com/mobile

Pengenalan:
Pembelian secara online semakin berkembang pesat di Malaysia.Kini hampir semua jenis barang boleh di beli melalui internet dari ikan masin,belacan hinggalah kereta dan perabot-perabot.Pembeli juga boleh membeli dari serata dunia.Kali ini kita cerita dalam website isuharna.com sahaja ya.

Diantara pemangkin yang menyebabkan perkembangan ini adalah dengan kepelbagaian perkhidmatan internet & jalur lebar, kemudahan perbankan elektronik, dan gajet-gajet cangih manggih yang berada di pasaran.

Kebaikan membeli secara online:
Barang yang dibeli akan sampai depan pintu rumah/peti surat.
Sesetengah syarikat mempunyai khidmat penghantaran mereka sendiri manakala kebanyakan syarikat online lain pula menggunakan perkhidmatan kurier seperti Pos Malaysia & kurier swasta lain seperti Nationwide,UPS,Fedex,DHL,Gdex & lain-lain lagi.

Isuharna Enterprise,iaitu syarikat yang memiliki isuharna.com/mobile menggunakan perkhidmatan Pos Express yang dimiliki oleh Pos Malaysia.
Sehinggalah hari ini perkhidmatan Pos Express tidak mengecewakan saya. :)

Barang yang dibeli lebih menjimatkan.
Harga yang dijual biasanya lebih murah dari kedai-kedai fizikal.Harga yang murah ini disebabkan penjimatan isuharna Enterprise dari segi sewa kedai,bil utiliti,upah pekerja dan lain-lain kos operasi.

Pembeli juga jimat masa,tenaga,kos pembelian seperti minyak kereta & parking.

Pemilihan (windows shopping) & pembelian boleh dilakukan bila-bila masa di hadapan komputer.

Tetapi jika ada diantara aksesori telefon bimbit yang saya jual di isuharna.com/mobile terdapat di kedai dekat rumah pada harga yang sama, belilah di kedai tersebut kerana ianya lebih cepat & efektif.Tapi kalau mahal barulah beli kat saya.hehehe..

Barangan yang eklusif.
Sesetengah jenis aksesori telefon bimbit memang tak terdapat di kawasan/negeri anda.Banyak jugak pelanggan saya datang dari Sabah,Sarawak,Johor & negeri-negeri yang jauh dari Pulau Pinang.

Keburukkan membeli secara online:
Semakin canggih sesuatu teknologi itu, semakin canggihlah cara orang menipu.
Kadang-kadang tu ambil masa juga baru sedar kita dah di goreng hidup-hidup.
Secara tidak langsung mencontengkan arang ke peniaga online sebenar.

SSM:
Syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) biasanya menjalankan perniagaan dengan baik.Pembeli juga lebih mudah mengesan dan menjejaki syarikat terbabit jika berlaku penyelewengan.

Nasihat saya:

-beli online dari syarikat yang berdaftar,kerana mereka yang berdaftar membuktikan mereka memang bersungguh nak berniaga.

-Pastikan laman web yang menjual sentiasa update.

-Tunggu respon seperti email atau sms sebelum membuat pembayaran.Ianya bukti hitam putih urusniaga. Lebih baik jika ada orang perseorangan dalam syarikat yang menguruskan pertanyaan & pembelian anda (Saya la..hehehe)

-Tanya soalan dahulu jika ada term atau apa-apa info yang ingin diketahui.Peniaga yang jujur biasanya akan menjawab setiap soalan bakal pelanggan.

-Survey sebelum beli.Ala,macam window shopping la jugak. :D

Harapan saya:
Saya berharap agar sektor jualan secara online akan menjadi lebih maju seperti di negara-negara barat.

Saya juga berharap laman web isuharna.com akan mendapat kepercayaan penuh dari bakal pelanggan & pelanggan sedia ada.

Pihak Isuharna Enterprise berusaha gigih untuk menjadi salah satu syarikat online yang dipercayai,disukai, & menjadi pilihan pertama di hati rakyat Malaysia kita. Amin.

1 comment:

  1. Bardzo interesujÄ…ce. Pozdrawiam serdecznie.

    ReplyDelete