Pages

Search Result

Thursday, May 12, 2011

Barang sampai inform saya ya.Thanks! :D


Isuharna.com merupakan salah satu jenama yang menjual produk-produk di internet, yakni secara online.Apabila jualan barang fizikal melalui medium online, antara tools yang utama adalah perkhidmatan pengeposan.

Perkhidmatan pengeposan yang dipilih oleh isuharna.com adalah Pos Malaysia.
Perkhidmatan yang digunakan adalah Pos Express & Pos Laju. (90% adalah Pos Express)
Sepanjang perniagaan isuharna.com dari 2009, boleh dikatakan 99% produk yang dihantar kepada pelanggan sampai ke tangan pelanggan,dalam keadaan yang baik & mengembirakan pelanggan.

Walaupun ada sesetengah pelanggan mengadu barang lambat sampai,ianya tetap sampai walaupun ke zon kawasan yang agak pedalaman.

Isuharna.com amat komited untuk memastikan produk yang dibeli sampai ke tangan pembeli.Sebab itu dalam email komunikasi bersama pelanggan,saya selalu masukkan ayat : "Barang sampai inform saya ya" & "once item received let me know ya".
Majoriti pelanggan replay email & memberitahu saya barang telah terima.
Ada juga yang sms saya & tak kurang juga yang menalefon sambil bertanya produk-produk lain yang ingin di cari.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Pos Malaysia Customer Care (CSC) yang mempunyai perkhidmatan yang pada pengalaman saya ianya bagus & berkesan. Setiap email permasalahan penghantaran saya dijawab dengan sopan & detail.

Jutaan Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang terus menyokong & mempercayai isuharna.com. Trusted Malaysian Online Mall ! :D

No comments:

Post a Comment