Pages

Search Result

Saturday, June 4, 2011

Komunikasi melalui Email & SMS


Pelanggan & bakal pelanggan sentiasa boleh menghubungi email saya di alamat sales@isuharna.com atau isuharna@ymail.com.

Saudara saudari boleh bertanya soalan-soalan berkaitan dengan aksesori handphone yang saya jual & yang dicari oleh saudara saudari. Maklumlah, aksesori handphone terlampau banyak seiring dengan jenis-jenis handphone yang berlambak di pasaran.Pihak isuharna.com sendiri pun tak terkejar.:D

Saya boleh berikan penerangan mengenai aksesori-aksesori handphone yang bakal di beli,supaya saudara saudari faham & mendapat maklumat yang secukupnya sebelum membuat bayaran. Pihak isuharna.com berusaha supaya saudara saudari berpuas hati apabila membeli di isuharna.com.Seperti pepatah rambut sama hitam,hati lain-lain.

Biasanya bakal pelanggan akan bertanya soal warranty untuk aksesori bersifat elektronik,kualiti & material sesuatu barang,diskaun jika beli banyak,warna yang ada, dan lain-lain soalan yang pelbagai.

Pihak isuharna.com & saya berjanji akan membalas semua email yang di terima,walaupun kadang-kadang ada soalan-soalan berbentuk "bonus".Saya juga boleh menerima kritikan dan teguran membina.Saya pun manusia biasa.

KECUALI, email yang berbentuk spam,menghina,mencaci dan bersifat dengki kianat.Eh? ada ka? Yaa..memang ada malahan banyak yang saya terima.Takpa,orang berniaga kan kena banyak sabar :D

Komunikasi melalui SMS
Komunikasi melalui SMS pada awal perniagaan tahun 2009 memang dibuka kepada umum,tetapi atas faktor spam SMS yang terlalu banyak,pihak isuharna.com terpaksa hadkan kepada pelanggan sedia ada sahaja & kepada bakal pelanggan yang serius nak beli sahaja.Bakal pelanggan yang serius boleh di bezakan dengan cara email yang di hantar kepada saya.

Pelanggan yang telah membeli dari isuharna.com boleh dapatkan di belakang sampul pos express yang di terima. Di belakang sampul ada tertulis nama,alamat & no# handphone saya. Save no# saya di handphone saudara saudari & SMS saya kerana saya simpan semua no# pelanggan di handphone saya. Sekian,jumpa lagi di penulisan akan datang. :D

No comments:

Post a Comment