Pages

Search Result

Monday, December 5, 2011

Pesaing yang panas


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Saya tertarik dengan email layang yang saya baru terima hari ni daripada seorang pesaing aksesori handphone yang lain yang saya juga percaya karekternya seperti berikut:

-Melayu
-lelaki
-Juga berniaga di mudah.my
-Lokasi Wilayah Persekutuan (berdasarkan IP address)

Sila baca dan fahami mesej yang cuba disampaikan oleh pesaing tersebut.

Saya faham pesaing tersebut berniat baik untuk menjaga pasaran harga aksesori telefon bimbit.Tetapi setiap teguran yang membina haruslah disusuli dengan keberanian memperkenalkan diri. Barulah teguran itu boleh di ambil kira. Takkan la admin dari yahoo boleh berbahasa melayu & karang email sebegitu kepada pihak isuharna.

Jika pengirim email layang tersebut membaca blog ini,cuba bayangkan jika anda mempunyai terlalu banyak stok dalam tangan & pada masa yang sama stok baru untuk model lain sedang bertambah. Anda juga tidak mempunyai lokasi yang terlalu besar untuk menampung stok yang semakin bertambah. Apa akan anda lakukan?

Ya,anda akan lakukan seperti isuharna.com yang membuat clearence offer walaupun harga item di paras harga kos. Lebih lama anda simpan,item akan out of dated & rosak kerana faktor masa.

Kepada pembaca blog,pelanggan & bakal pelanggan, dari sini anda akan faham isuharna.com sedang cuba memberikan harga yang terbaik kepada anda,supaya dapat memberikan lebih nilai kepada wang anda.

Saya suka satu ayat yang saya dapat satu masa dulu, "kalau saya tak buat,orang lain akan buat"

Sekian, jumpa lagi di penulisan akan datang. :D

No comments:

Post a Comment