Pages

Search Result

Sunday, January 29, 2012

Tips membeli handsfree untuk handphone


Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua. Harap semuanya sihat,ceria & bahagia hendaknya. Handsfree atau earphone adalah aksesori yang wajib anda dapat apabila anda membeli handphone baru. pada masa kini,walaupun handphone harga bajet, pengeluar akan pastikan anda mendapat seunit earphone.

Seperti sedia maklum ada 2 jenis earphone, stereo & mono. Handphone yang menyokong fungsi pemain muzik biasanya akan di beri jenis stereo. Kualiti sound seperti mini kompo biasa. Kecuali baru-baru ini HTC mengeluarkan satu handphone nya dengan earphone dari Monster beat,Dr Dre.

Jika anda bercadang membeli earphone baru, saya cadangkan anda membeli earphone yang mempunyai fungsi "removable" earphone. Maksudnya, set earphone anda boleh di pisahkan kepada 2 bahagian. Soket 3.5mm dari handphone ke klip butang jawab telefon & microfon. Pecahan pada sambungan dari klip butang jawab telefon dan microfon ke earphone.

Dengan membeli jenis earphone ini anda dapat menukar earphone anda ke earphone yang lebih berkualiti, atau anda boleh gantikan dengan headphone. Anda juga boleh sambungkan handphone anda ke sistem audio dalam kereta mahupun sistem audio rumah, hanya dengan membeli wayar tambahan di depan dan hujung 3.5mm.

Speaker pada earphone memang memberi perbezaan pada kualiti bunyi. Kualiti pastinya lebih baik dengan menggunakan earphone yang lebih mahal.

Semoga bermanfaat. :D

No comments:

Post a Comment