Pages

Search Result

Wednesday, September 12, 2012

Mentaliti melayu berkaitan pembelian secara online

Salam & hai,

Lama tak menulis di blog ni. Ok, saya nak tulis sikit berkaitan mentaliti melayu berkaitan pembelian secara online ni.

Ada yang bagus dan ada yang sangatlah menjengkelkan. Saya terpaksa menulis tajuk ini kerana sampai hari ini masih belum seimbang kuantiti pembeli yang bagus dengan pembeli yang menjengkelkan.

Pembeli yang bagus:
-Faham dan tau konsep pembelian secara online.

Pembelian yang menjengkelkan:
-Menganggap pembelian online ni macam pembelian barang di pasar malam.

Konsep Pembelian Online:
-Barang di iklankan di internet,melalui laman forum,facebook,laman web percuma seperti mudah.my dan lain-lain laman web.
-Bakal pembeli terlihat iklan dan minat terhadap barang tersebut.
-Bakal pembeli menghubungi penjual dengan kaedah yang telah terang-terangan di tunjukkan. Saya nyatakan dengan jelas untuk pertanyaan sila telefon,whatsapp,viber atau email sahaja. sms tidak akan di layan. Mengapa? kerana saya ingin pastikan kos operasi kekal di paras terendah,supaya saya sentiasa boleh berikan harga online yang terendah.

Di sini bakal pembeli yang bagus (beretika) yang memang serius nak beli akan mulakan proses pembayaran dan memaklumkan butiran yang di perlukan untuk proses pengeposan barang.

Bakal pembeli yang menjengkelkan ini, mula membuat lanjutan sms (tak berani telefon saya atau memang bajet kredit prepaid). Di antara soalannya, ada tak warna lain,ada tak untuk jenis phone A.berapa hari sampai dan sebagainya

Malahan ada pula bakal pembeli melayu yang menghantar sms dengan huruf besar dan tanda seruan yang lebih dari sekali (??). Ini bukan masalah besar namun anda perlu tahu dan faham etika menaip dan pembelian online ini.

Pembeli yang bagus cuma mahukan tracking no#. Selepas saya pos barang,saya pastikan tidak ada satu pembeli pun akan terlepas dari menerima tracking no#. Tracking no# sangat penting untuk menyemak status penghantaran barang anda. Dari situ anda akan dapat melihat perjalanan dari satu hentian ke satu hentian.

Pembeli yang menjengkelkan pula bertanya melalui sms bila barang akan sampai? Seolah-olah syarikat pos malaysia itu di miliki oleh saya. Pembeli menjengkelkan ini sangat malas untuk masuk ke laman web pos malaysia dan semak sendiri status penghantaran.

Padahal setiap hari online di facebook.Semaklah sendiri.

Bagi saya kepada pembeli nak tanya apa-apa soalan gunalah medium yang dapat menjimatkan kedua belah pihak. Gunakan email, facebook chat, yahoo chat, whatsapp dan viber. Saya amat berbesar hati untuk menjawab soalan-soalan melalui medium ini.

Jika anda tak dapat nak ikut konsep pembelian online, saya cadangkan anda beli saja di kedai-kedai cina berhampiran kawasan anda, dalam pasaraya dan pasar malam.

Sangat sedih semua perlakuan menjengkelkan ini datangnya dari pelanggan melayu saya. Jangan ingat semua pulak, sebahagian sahaja ya. Sangat susah nak jumpa perlakuan ini dari bangsa lain.Bukan tak ada langsung.

Zaman sekarang yang mencabar ini semua orang,pembeli dan penjual mahu kurangkan kos.

Ayuh,ubah mentaliti kita menjadi yang lebih baik!

Sampai jumpa lagi di penulisan akan datang.

No comments:

Post a Comment