Pages

Search Result

Wednesday, January 23, 2013

Tips membeli smartphone copy dari china

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni saya nak berkongsi sedikit mengenai smartphone copy dari negara china.

Kita sebagai pengguna tegar smartphone pasti mengimpikan sebuah smartphone yang secanggih mungkin menjadi milik kita. Namun apakan daya, hendak di capai tangan tak sampai kerana dompet yang tidak tebal. Mungkin juga wang yang ada di perlukan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Maka smartphone yang canggih itu hanya boleh di miliki di dalam mimpi.

Sebagai alternatif, ada di kalangan pengguna tegar ini masih ingin merasa mempunyai smartphone canggih walaupun ianya tiruan. Maka smartphone dari china menjadi pilihan. Ia tetap satu pembelian gadjet.

Negara china memang terkenal sebagai pakar menyalin sesuatu gadjet. Namun kualitinya tidaklah akan sama dengan yang asli. Ada banyak variasi smartphone china yang meniru model-model smartphone sebenar. Saya tahu kerana aksesori telefon isuharna.com datang dari sana jugak.

Dalam pasaran tiruan paling banyak adalah smartphone berjenama samsung dan iphone. Samsung dan iphone sangat popular. Jadi pada tanggapan pengguna tegar ini walaupun menggunakan smartphone tiruan ia masih akan memberikan impak gaya dan keunggulan kepadanya. Kalau tak kita tak bagitau kawan-kawan bukan akan perasan ianya tiruan pun.

Baik, jika anda belum membeli smartphone tiruan dan berhajat untuk memilikinya saya cadangkan anda beli smartphone yang meniru 100 % dari segi bentuk fizikalnya. Pastikan dahulu sebelum membelinya. Tanya penjual sehabis mungkin sebelum membelinya.

Apabila anda membeli smartphone tiruan yang 100% copy dari sudut fizikal, anda akan mempunyai kelebihan untuk menumpang aksesori asli smartphone original. Sebagai contoh, anda membeli smartphone Samsung Galaxy Note 2 tiruan. Dengan bentuk fizikal 100% copy, anda akan dapat menggunakan screen protector, stereo earphone, pouch bag, slip in pouch, silicon case, back case dan bateri original.

Kelebihan ini amat penting jika anda berhajat untuk menggunakan smartphone tiruan ini dalam jangka masa yang lama. Selalunya bateri akan bagi masalah dulu.

Dari sudut hardware pula, pastikan penjual memaparkan spesifikasi yang datangnya dari Antutu Benchmark. Ia adalah satu aplikasi yang ada dalam Google Play. Antutu Benchmark ini akan memberikan maklumat hardware yang tepat. Anda akan dapat mengetahui jenis prosessor, kelajuannya, berapa terasnya (core), jumlah RAM, Saiz storan data dan jenis cip grafik. Maklumat ini sangat penting.

Maklumat yang tertera pada fungsi "Setting" yang telah tersedia di dalam smartphone tersebut boleh jadi tidak tepat. Ia boleh di ubah (tweak) untuk menunjukkan spesifikasi smartphone tiruan itu kuat, padahal spesifikasi hardware yang sebenar tidak begitu. Saya pernah beli pendrive bersaiz 600gb di china. bila semak di laptop juga menunjukkan 600gb, namun kantoi bila saya cuba copy file-file yang bersaiz lebih dari 2gb. Rupa-rupanya pendrive itu hanya bersaiz 2gb.

Harga smartphone tiruan samsung biasanya bermula dari RM600 hingga RM 800. Manakala harga smartphone original untuk model yang sama adalah dalam lingkungan RM 1700 hingga RM 2200.

Ada penjual yang menawarkan warranti selama 3 bulan, 6 bulan dan setahun. Pilihlah penjual dengan bijak. Jika anda bakal membelinya dari forum-forum, seperti carigold, baca terlebih dahulu komen-komen dari pelanggan-pelanggan penjual itu.

Pembelian yang paling baik adalah dengan cara COD (cash on delivery) atau CNC  (cash and carry).

Walaupun harga smartphone tiruan agak murah, namun kalau kena tipu pun sakit hati jugak dibuatnya.

Apabila anda sudahpun membeli smartphone tiruan, anda perlu bersedia dari sudut mental bahawa walaupun smartphone itu nampak sama, tapi masih tak serupa. Akan ada batasan yang smartphone china tak dapat buat sesuatu seperti smartphone original. Janganlah merungut. Kita dapat apa yang kita bayar. Sebagai contoh smartphone original samsung boleh di root dan install custom rom dari Cyanogen,sebuah komuniti hebat dalam mengeluarkan custom rom untuk smartphone-smartphone samsung. Boleh "run" games dan aplikasi berkuasa tinggi. Smartphone tiruan tak boleh.

Ada juga kes penjual yang tidak jujur menjual smartphone china pada harga AP (Approve permit). Penjual tersebut mengatakan bahawa smartphone tiruan itu adalah set smartphone yang ori, berwarantikan AP. Pastikan anda membuat sedikit survey dan kajian hardware smartphone original sebelum melangkah ke kedai telefon.

Sekian dahulu penulisan saya, semoga bermanfaat. Jika anda rasakan ianya bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan dan saudara anda ya.

Terima kasih dan jumpa lagi di penulisan yang akan datang.

1 comment:

  1. aduhhh admin, gua terkena lah. Cakap smartphone AP, lastly dibaginya China Set. Buntu kepala admin oiii. 1.3k untuk S3 China Set, xberbaloi betul. Ada penyelesaian tak admin untuk masalah nieh?

    ReplyDelete