Pages

Search Result

Friday, May 24, 2013

Cerita tablet china

Tablet china merupakan diantara gadget paling popular dan paling laris. Sebabnya tablet ini menggunakan sistem opersi Android. Ada banyak jenis lambakkan tablet china ni. Ada yang murah, ada yang mahal.Ada yang mempunyai jenama dan ada yang tiada.

Masalah paling banyak di dengari adalah masalah bateri. bateri tablet china cuma boleh tahan sekitar 2 hingga 4 jam sahaja, jika bermain internet dan games. Kedua adalah masalah skrin rapuh dan mudah pecah. Ada kes skrin tablet china walaupun di simpan dalam beg galas dan terjatuh,tetap retak skrin. Ada sesetengah tempat menawarkan servis menukar skrin tablet pecah, namun harganya hampir sama dengan harga beli baru.

Adakah masalah ini akan menghalang anda daripada membeli tablet china? sudah tentu tidak. Harganya yang murah amat sesuai untuk anak-anak. Kalau rosak sekalipun tidaklah terasa sangat ruginya, walaupun baru beli sebulan.

Tablet china juga mempunyai limitasi spesifikasi. Ada ada games dan aplikasi yang tak dapat di install ke dalam tablet ini. Kebiasaannya di sebabkan masalah grafik kad yang tidak kuat.

Games juga tidak dapat install banyak kerana kekurangan ruang simpanan terbina dalam (storage).

Spesifikasi yang di tulis dikotak juga tidak tepat. Spesifikasi lebih rendah. Gunakan aplikasi Antutu Benchmark untuk semak spesifikasi tablet anda.

 Keadaan pasaran tablet murah ni menyebabkan banyak pengeluar peralatan komputer mencuba nasib mengeluarkan model mereka. Jenama Acer dengan Iconia, Asus dengan memopad, MSi dengan Enjoy dan lain-lain jenama.

Di antara jenama tablet china yang mempunyai kualiti adalah Aigopad, Ainol dan Ninetology. Harga juga berpatutan.

Aksesori tablet china boleh di ganti dengan aksesori tablet berjenama, asalkan soket penyambungannya sama. Pada masa entri ini di tulis, tablet china menggunakan soket micro usb dan soket audio 3.5mm. Jadi charger, incar charger, usb OTG, stereo earphone boleh menggunakan aksesori tablet berjenama.

Kecuali bateri, ianya terbina dalam dan tidak boleh di buka sendiri oleh pengguna biasa.

Kseimpulannya, gadget tablet akan berterusan berada dalam pasaran. Cuma spesifikasinya akan berubah naik dari masa ke semasa. Gadget cuma alat pemudah cara. Anda yang tentukan sama ada alat yang bakal anda beli memudahkan atau menyusahkan anda.




No comments:

Post a Comment