Pages

Search Result

Tuesday, July 23, 2013

Smartphone di hari raya

Salam & hai para pembaca blog,

Saya nak cerita sikit pasal smartphone di hari raya. Time hari raya yang akan menjelang tiba adalah masa yang sesuai untuk mereka yang jenis suka menunjuk-menunjuk dan berbangga, mengiklankan smartphone masing-masing.

 Time inilah masing-masing membuat perbandingan spesifikasi smartphone dan harga-harganya. Ada jugak yang mengaku jaguh dapat smartphone yang mahal pada harga murah (kantau). Ada pulak yang beli smartphone klon, mengaku smartphone ori. Semuanya kerana ingin bergaya dan menambah nilai tahap sosial masing-masing. Semua orang nak di pandang tinggi dan berduit. Macam beli kereta baru la jugak.

Yerlah, zaman sekarang ni zaman gajet. Ketinggalan zamanlah kepada yang cuma guna handphone, bukan smartphone. Teringat zaman saya dulu, saya cuma dapat handphone pertama pada usia 19 tahun.  Bukan main besar lagi. Siap ada antena boleh tarik bagi tinggi. Setengah-setengah kawasan ada line, sesetengah kawasan tak ada. Masa tu guna line Tmtouch (013).

Budak zaman sekarang, umur baru 3 tahun dah mula dapat tablet sendiri, untuk main games dan tengok youtube.

Ok, berbalik kepada topik smartphone di hari raya. Fungsi smartphone di hari raya adalah untuk menambahrapatkan silatulrahim ahli keluarga, dan kengkawan yang tak dapat beraya bersama. Ada video call guna internet, ada chat whatsapp, Line, Kakaotalk, Viber, dan on the go facebook. Boleh update status kat fb selalu, snap gambar, upload. Pastu dapatlah "Like" dari friend dalam fb. Tak ada dah kad-kad raya nak tulis bagai, pastu kena beli setem, letak dalam tong posmen.

Kamera smartphone sekarangpun boleh tahan kualitinya. Boleh snap gambar-gambar bersama keluarga dan kengkawan tersayang, boleh rakam video HD.

Jadi, tak ada smartphone tak meriahlah raya?

Budak-budak masih lagi suka duit raya. Cuma target duit yang dapat tu nak buat apa yang berbeza sikit. Mungkin nak kumpul beli smartphone atau tablet. Tapi masih berkonvoi pergi dari satu rumah ke satu rumah. Malam main mercun dan bunga api.

Budak-budak sekolah ziarah menziarahi rumah kengkawan,girlfren, boyafren dengan motor. Malam main meriam kabat.

Orang bujang yang merantau balik kampung jumpa mak ayah.

Orang dewasa yang dah kahwin balik jumpa mak,ayah, mak mertua,ayah mertua, adik beradik,pak saudara, mak saudara jauh sebelah isteri dan sebelah suami. Kalau dah tak ada pergi ziarah kubur.

Orang tua pulak, rumah meriah sebab anak cucu balik rumah. Masak sedap-sedap lauk dan kuih.

No comments:

Post a Comment