Pages

Search Result

Wednesday, August 21, 2013

Dilema memilih saiz skrin smartphone & tablet

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anda nak beli smartphone baru, tapi anda suka smartphone yang mempunyai skrin yang lebih besar. Anda juga ada menjeling tablet. Anda dalam dilema untuk memilih. Saya akan bantu anda bagi pendapat supaya anda boleh buat pilihan dengan lebih baik.

Pertama anda perlu fikirkan bajet anda. Berapa bajet anda ada. Ok, anda bajet RM 1500.00 maksimum katakan. Anda buka mudah.my. Dari sini anda boleh survey jenama dan model smartphone. Dengan bajet anda ini, anda boleh dapat jenama Samsung Galaxy Mega 6.3 inci, Samsung Galaxy mega 5.8 inci (jika anda nak guna 2 sim kad), Samsung Galaxy Grand 5 inci, Samsung Galaxy Tab 2 7.0 (dah jatuh harga sekarang), Galaxy Tab 3 7.0 & 8.0 (model baru nih). Galaxy Note 8.0, dan yang paling besar Galaxy Tab 2 10.1 & Galaxy Note 10.1.

Bagi jenama Sony pula anda boleh pilih Xperia ZR, Xperia Z (kena tambah duit sikit lagi).

Bagi Jenama Lenovo anda boleh pilih K900

Ok banyak jugak pilihan kan. Sekarang anda fikirkan pula mobility smartphone yang anda nak bawa ke mana-mana tu. Smartphone skrin 6.3 ini masih lagi boleh di masukkan ke dalam poket seluar jean anda, jika anda lelaki. Jika anda perempuan, tak boleh sudah. Tapi mudah bawa dalam bag tangan anda. Jika anda lelaki, anda fikirkan adakah anda jenis yang suka bawa beg galas tepi? Jika anda seorang yang sukakan perkara simple, anda tak akan suka bawa beg bagai ni. Kalau anda suka, tablet macam tab 2, tab 3, note 10.1 pun sesuai untuk anda.

Sekarang anda fikirkan pula cara nak jawab telefon. Lebih besar sesuatu smartphone, lebih susah anda nak jawab telefon. Contohnya ketika anda sedang memandu, memang agak mengambil masa untuk menjawab telefon bukan. Ada cadangan untuk menggunakan saja bluetooth earphone. di isuharna.com tak ada jual bluetooth earphone :( Jika anda rasa selesa sentiasa dan sanggup keluarkan modal lagi untuk itu, teruskan saja.

Zaman dulu bila anda keluarkan telefon besar, orang akan gelakkan anda. Zaman sekarang lain ceritanya. Lebih besar telefon anda, anda di pandang lebih kaya. Walaupun pada dasarnya anda beli di Court Mammoth secara ansuran... kekeke.

Sekarang anda fikirkan pula penggunaan kuasa smartphone. Lebih besar skrin lebih banyak kuasa yang di perlukan. Lebih pendek standby mode smartphone anda. Anda kena caj hari-hari. Bertambah cepat jika anda jenis yang suka berinternet.

Anda fikirkan pula apa tujuan kreteria skrin besar menjadi pilihan anda? nak tengok video, movie? lebih seronok nak main games, lebih cerah mata nak berinternet? anda seorang pelukis digital? nak tangkap gambar ada viewfinder lebih besar?, ianya umpama diari anda?, Kesemua pilihan ini? ok ok. Boleh saja asalkan ia membantu meningkatkan nilai hidup anda.

Smartphone bukanlah gadget yang kita selalu tukar. Jadi pilihlah yang terbaik mengikut bajet anda. Saya cadangkan janganlah menggunakan smartphone anda secara bogel sahaja. Dapatkan pouch bag jenis buku, atau silicon case, atau back case, atau beg dan sarung serlum. Ini kerana kecuaian boleh jadi di mana-mana sahaja. Jika anda tak cuai, orang lain akan cuai terjatuhkan smartphone anda.

Beringatlah sebelum smartphone anda terjatuh dan retak skrin. Skrin retak warranty tak cover tau. Jemput ke website isuharna.com/mobile untuk melihat kalau kalau ada aksesori yang bersesuaian untuk anda.

Sampai jumpa lagi di penulisan akan datang. :)


No comments:

Post a Comment